Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Derita ’Simpang Empat Neraka Dengkil’ Bakal Berakhir, Laluan Alternatif Akan Dibuka Hujung Mac Ini

Gambar Hiasan via Google

Keresahan pengguna jalan raya di simpang empat Kajang-Dengkil yang sebelum ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam akan berakhir apabila laluan alternatif akan dibuka pada hujung bulan ini.

Menurut Twt_Cyberjaya, laluan baharu itu akan menghubungkan Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2.

Sebelum ini, penduduk sekitar serta pengguna jalan raya sering mengadu mengenai masalah kesesakan lalu lintas yang boleh merencatkan perjalanan mereka.

Sebelum ini, jolokan nama ‘Simpang Empat Neraka Dengkil’ itu bermula apabila persimpangan tersebut merupakan satu-satunya persimpangan di aras FT29 dan ianya telah menghubungkan antara dua aliran trafik yang sesak.

Persimpangan ini juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga menimbulkan keluhan dalam kalangan pengguna. Pun begitu, permasalahan tersebut nampaknya bakal berakhir dengan pembukaan Persimpangan FT29/FT31 yang akan dibuka Mac ini.

Sumber: Cyberjaya Info