Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Derma Organ, Tisu Buat 5 Insan Memerlukan, Allahyarhamah Hajah Normah Terima Walk Of Honour

Derma Organ
Kredit: Hospital Sungai Buloh

Derma Organ, Tisu Buat 5 Insan Memerlukan, Allahyarhamah Hajah Normah Terima Walk Of Honour

Hidup di dunia ini tak selamanya indah, kita semua akan diuji dengan pelbagai ujian. Salah satu darinya ialah ujian kehilangan orang tersayang.

Setiap dari kita pasti akan melalui detik pilu itu kerana tiada apa yang kekal di dunia ini, yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Allahyarhamah Derma Organ, Tisu Buat 5 Insan Memerlukan

Baru-baru ini, pemergian seorang wanita Allahyarhamah Puan Hajah Normah menyentuh hati orang ramai.

Lebih-lebih lagi, keikhlasan Allahyarhamah dalam mendermakan organ dan tisu buat lima insan yang memerlukan pada 21 Jun lalu.

Menerusi perkongsian video Hospital Sungai Buloh, Allahyarhamah, pihak hospital menghargai pengorbanan Allahyarhamah dan ahli keluarga.

"Sekalung penghargaan buat ahli keluarga arwah atas keredaan ini, serta seluruh pasukan pakar bedah dari Hospital Sungai Buloh dan Universiti Malaya yang bertungkus-lumus menjayakan misi murni ini.

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dalam klip berkenaan, memaparkan Allahyarhamah diberikan Walk Of Honour oleh para petugas perubatan, sewaktu diusung di atas katil.

Netizen Sebak, Doakan Untuk Allahyarhamah

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sebak dan menitipkan doa buat Allahyarhamah.

Malah ada yang berkongsi momen dan perwatakan Allahyarhamah ketika masih hidup.

"Salam takziah beliau adalah lecture UiTM Shah Alam. Sains Geomatik Fakulti Alam Bina dan merupakan juruukur pertama perempuan di Malaysia. Al fatihah insan hebat," komen seorang pengguna.

"Arwah merupakan Juruukur Wanita Pertama. Salam takziah utk keluarga..... Semoga asbab ni amalan Puan di terima di akhirat," komen seorang lagi.

"Sangat menyentuh hati... semoga arwah ditempatkan bersama para2 bidadari syurga.... aamiin...." tulis seorang pengguna.