Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Deschamps 'Naik Angin', Persoal Kualiti Pengadil Ketika Bertemu Sepanyol

Deschamps
Kredit: AFP

Deschamps 'Naik Angin', Persoal Kualiti Pengadil Ketika Bertemu Sepanyol

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, secara sinis mempersoalkan mutu pengadilan Ivan Barton selepas skuad Les Bleus tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026 susulan tewas 0-2 kepada Sepanyol pada aksi separuh akhir.

Perancis yang dibarisi bintang seperti Kylian Mbappe gagal mengekang kehebatan juara Eropah itu apabila jaringan Mikel Oyarzabal dan Pedro Porro memastikan La Roja mara ke pentas final.

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, dilaporkan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan Ivan Barton selepas skuad Les Bleus tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026 apabila tewas 0-2 kepada Sepanyol pada aksi separuh akhir.

Kekalahan itu cukup mengecewakan buat Deschamps, yang bakal mengakhiri tempoh 15 tahun sebagai pengendali Perancis selepas aksi penentuan tempat ketiga.

Namun, jurulatih berusia 57 tahun itu tidak melepaskan peluang untuk melontarkan sindiran terhadap prestasi pengadil dari El Salvador berkenaan.

“Pegawai keempat dan kelima jalankan tugas dengan baik. Saya tidak mahu ulas lebih.

“Cuma saya akan tanya satu soalan yang agak sukar, tetapi saya tidak akan menjawabnya.

“Level pengadil macam ini kendalikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia?" katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Ketika ditanya lebih lanjut oleh wartawan Perancis mengenai komennya, Deschamps memilih untuk tidak mengulas secara terbuka mengenai keputusan Barton.

“Saya tidak kata dia tidak mencapai level yang diperlukan. Saya hanya bertanya soalan.

“Tengok sahaja perlawanan itu. Mengenai penalti dan beberapa perkara lain, saya tidak mahu terperangkap dalam perdebatan lagi,” katanya.

Barton berdepan beberapa situasi mencabar sepanjang perlawanan, termasuk terlupa membawa semburan buih (vanishing spray) ketika memberikan sepakan percuma awal kepada Sepanyol.

Beliau turut mencetuskan perdebatan apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada Sepanyol pada babak pertama selepas pertahanan Perancis, Lucas Digne, secara tidak sengaja mengasari Lamine Yamal ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Oyarzabal kemudian tenang menyempurnakan penalti tersebut untuk memberikan Sepanyol pendahuluan sebelum Porro memastikan kemenangan 2-0 menerusi jaringan pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun, tidak semua pemain Perancis berkongsi pandangan sama dengan Deschamps.

Rayan Cherki sebaliknya mengakui kegagalan mereka berpunca daripada prestasi pasukan sendiri, bukannya keputusan pengadil.

“Kami sangat kecewa kerana kami tewas kepada diri sendiri.

“Kami bukan kalah kerana pengadil atau Sepanyol. Ini bukan mengenai pengadil.

“Kami tidak bermain seperti kebiasaan, sedangkan Sepanyol berjaya mempamerkan permainan mereka,” katanya.