Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

‘Detik Ajaib’ Kanak-Kanak Dua Tahun Selamat Jatuh Dari Tingkat 20
BEIJING — Seorang budak lelaki berusia dua tahun di Chongqing, China terselamat selepas terjatuh dari balkoni tingkat 20 sebuah pangsapuri, lapor portal Mothership.
Menurut media tempatan melaporkan, Qiang Qiang (bukan nama sebenar) ditinggalkan bersendirian selama beberapa minit oleh neneknya selepas tidur dalam kejadian di Chongqing pada 19 Jun sekitar jam 8 pagi.
Detik ajaib berlaku apabila mangsa yang dipercayai terjatuh ke bawah lalu ‘disambut’ sebatang pokok sebelum jatuh di kawasan belukar di bawah bangunan.
Kejadian itu sekali gus mengurangkan impak hentakan terhadap kanak-kanak itu.
Difahamkan, Qiang Qiang mengalami beberapa patah tulang dan kecederaan dalaman dan telah menerima rawatan lanjut di hospital kanak-kanak Chongqing.
Sewaktu kejadian, tindakan pantas seorang pegawai polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu antara faktor kanak-kanak itu mampu diselamatkan.
Menurut doktor, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, berkat kepakaran pegawai perubatan Qiang Qiang kini dilaporkan stabil.
Tambahnya, faktor berat badan Qiang Qiang yang ringan dan tubuhnya yang kecil membantu mengurangkan kecederaan serius akibat jatuh dari tempat tinggi.
Sumber: Mothership, singtao