Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Masjid Hagia Sophia

Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

Edayu

ISTANBUL – Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih semalam.

Memetik laporan Astro Awani, detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan.

Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah bermula 24 Julai tahun itu.

Namun, sekatan COVID-19 di Turki menyebabkan masjid tersebut tidak digunakan bagi mengelak risiko jangkitan.

Difahamkan, Hagia Sophia dibina pada 532 Sebelum Masihi dan dijadikan sebagai masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Sebelum itu ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934 atau hampir 600 tahun ianya berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

Baca juga: Menjelang Ramadhan, Ini Tips Mudah Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Sahur & Berbuka Puasa

Terdahulu, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.

Tinjauan di media sosial mendapati masyarakat setempat tidak melepaskan peluang berkongsi video dan foto suasana malam pertama solat sunat tarawih yang dibanjiri dengan lautan manusia.

Sumber: Astro Awani, Twitter orang awam