Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dicop ‘Seller’ Bodoh Sombong, Layanan Biadap Kepada Pelanggan Buat Netizen ‘Panas’

Tular di media sosial, perkongsian seorang muda mengenai layanan yang diterimanya daripada seorang peniaga atas talian. Peniaga tersebut bukan sahaja didakwa bersikap sombong, malah soalan yang ditanya kepadanya juga dijawab dengan jawapan yang biadap.

Tidak cukup dengan itu, dia turut memperlekehkan telefon yang dipakai oleh pelanggan hanya kerana pelanggan ingin melihat terlebih dahulu ‘casing’ telefon yang dijual seperti yang dipaparkan di dalam iklan.

Biar miskin jangan bodoh

You pakai phone murah ke?

Ingat kitaorang jual cikai-cikai ke?

Pergilah beli kat kedai kat rumah tu

Banyakkan bersabar dengan perangai bodoh sombong seller ni

Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan peniaga seperti itu. Rupa-rupanya ada yang pernah terkena dengan peniaga yang sama.

Dah bank in lepas tu diam

Nasib tak beli kat dia

Sumber : Twitter