Tiga orang lelaki ditahan kerana disyaki telah mencuri lebih 100 botol ubat batuk yang bernilai lebih kurang 1,000 dollar Singapura di sebuah klinik, lapor CNN.
Iklan
Polis berkata telah menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di Orchard Boulevard, Singapura sekitar jam 9. 50 pagi semalam.
Tiga lelaki tersebut dikenalpasti melalui imej dari CCTV dan siasatan. Kesemua lelaki tersebut berumur di antara 25 dan 29 tahun.
Mereka akan didakwa di mahkamah pada Rabu atas kesalahan pecah masuk dan kecurian yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.
Sumber: CNN