Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Nak Bersihkan Kena Pakai Full PPE,” Lelaki Terkejut Peti Ais Penuh Ulat Lepas 2 Bulan Tak Balik Rumah

Gambar: Adib_Ozil
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak beberapa bulan yang lalu memperlihatkan pergerakan orang ramai dihadkan bagi membendung penularan Covid-19.

Keadaan ini juga menyebabkan sesetengah orang terpaksa ‘meninggalkan’ rumah masing-masing.

Pun begitu, tempoh yang lama mungkin menyebabkan pelbagai masalah yang tidak terjangka berlaku di dalam rumah tersebut.

Keadaan ini dialami oleh seorang pengguna Twitter, Adib, yang nyata terkejut apabila melihat peti ais dipenuhi dengan ulat setelah dua bulan tidak pulang ke rumahnya.

Menurutnya, suis elektrik utama di dalam rumahnya mungkin ‘tertendang’ disebabkan oleh kilat.

Menerusi bebenang yang seterusnya, dia juga berkongsikan perbualan rakan rumahnya yang berseloroh mengatakan bahawa perlu menggunakan pakaian penuh PPE bagi membersihkan peti ais itu.

Warga net juga berkongsi pengalaman sedemikian dan ada daripada mereka yang memberikan tips untuk mencuci peti ais tersebut.

Sumber: Adib_Azil