Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Digelar “Satan II” Oleh Barat, Rusia Dilapor Berjaya Uji Peluru Berpandu Balistik Antara Benua Baharu, Sarmat

Rusia dilapor berjaya menguji peluru berpandu balistik antara benua baharu, Sarmat hari ini yang memberikan isyarat baharu ditengah-tengah konflik negara itu dengan Ukraine.

Peluru berpandu berkenaan dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyasarkan mana-mana sahaja kedudukan di semua negara Eropah dan Amerika Syarikat. Senjata ini dipanggil sebagai ‘Satan II’ oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat.

Menurut laporan Metro, peluru berpandu dengan kod nama RS-28 itu dilancarkan dari Plesetsk Cosmodrome di Arkhangelsk dan jatuh di kawasan sasaran Kura, Rusia.

Melalui beberapa siri pembangunan, Sarmat berupaya untuk membawa pelbagai kepala peledak seberat 10 tan termasuk peledak berkuasa nuklear. Ia mempunyai panjang 35.3 meter dan diameter 3 meter.

Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa, Sarmat juga mampu menghentam sasaran dari jauh dengan keupayaannya untuk terbang dalam pelbagai laluan penerbangan selain mempunyai ciri-ciri unik untuk ‘mengelak’ daripada menjadi sasaran mana-mana sistem roket anti-peluru berpandu semasa dan akan datang ketika di udara.

Kejayaan pelancaran ujian itu juga turut menarik perhatian Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menyifatkannya sebagai ‘makanan’ yang akan disuap kepada ‘mulut’ negara-negara yang berhajat untuk menyerang negaranya.

Malah, Sarmat juga dikatakan mampu membuat orang gila pun berfikir dua kali sebelum menyerang Rusia.

Mengikut data yang ditemui di portal Missile Threat, Sarmat mampu menyerang sasaran yang berada dalam lingkungan 10,000 hingga 18,000 km daripada tapak pelepasan. Media Russia Today pula melaporkan Sarmat merupakan peluru berpandu paling berkuasa dengan keupayaan memusnahkan sasaran terbesar di dunia ketika ini.

BACA: Pesawah Petik Kes Najib, Berjaya Tangguh Hukuman Penjara Sementara Tunggu Rayuan

Sumber: Metro UK