Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Dua Lelaki Curi Kabel Telekomunikasi
Kredit: Bernama

Dikejar Lebih Sejam, Dua Lelaki Curi Kabel Telekomunikasi Ditahan

BERNAMA

Dikejar Lebih Sejam, Dua Lelaki Curi Kabel Telekomunikasi Ditahan

KOTA KINABALU, 9 Feb (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki termasuk seorang bekas anggota pasukan keselamatan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel telekomunikasi selepas dikejar lebih sejam dalam kejadian di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata ketika kejadian pada 6.30 pagi itu, kedua-dua lelaki terbabit dikesan sedang melakukan aktiviti memotong kabel telekomunikasi di kawasan Maktab Gaya, Luyang.

"Ketika cuba ditahan, kedua-dua suspek bertindak agresif untuk meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis (MPV) dengan menaiki pacuan empat roda.

“Insiden berkenaan berakhir di Taman Putra Perdana, Telipok selepas kenderaan dinaiki suspek terbabas akibat tayar belakang kenderaan pecah dan suspek berjaya ditahan selepas dikejar lebih sejam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kasim berkata kedua-dua suspek bukan sahaja enggan memberhentikan kenderaan, malah cuba mengancam anggota penguat kuasa dengan menghimpit kenderaan polis ke laluan bertentangan.

“Tindakan itu turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain apabila suspek memandu secara melulu di beberapa laluan awam," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemukan tiga batang kabel Telekom, peralatan memotong kabel, sepucuk pistol tiruan dan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah.

"Pemeriksaan turut menjumpai dadah jenis syabu seberat 0.44 gram dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu.

Suspek, katanya, akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 431A akta sama berkaitan kecurian kabel serta Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.