Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dikhuatiri ‘Spam’, KKM Nafi Hantar Emel Kepada Orang Awam Guna Alamat Emel Ini

Gambar: KKM & Mango WP

Melalui laman Facebook rasmi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada orang awam agar tidak tertipu dengan emel palsu yang menggunakan nama KKM.

Tangkapan skrin yang dimuatnaik KKM menunjukkan pihak tak bertanggungjawab bertindak menghantar emel sebagai ‘MOH Alert Team’. Emel palsu tersebut mengarahkan penerima untuk mengesahkan temujanji vaksin.

Gambar via KKM

Turut disertakan sebuah pautan yang perlu diklik oleh penerima untuk pengesahan palsu tersebut.

Dalam hantaran yang sama, turut dimaklumkan bahawa pihak KKM tidak menghantar sebarang emel kepada orang ramai menggunakan alamat [email protected].

Sekiranya ada menerima emel daripada [email protected], anda dinasihatkan supaya tidak menjawab (reply) atau memadam terus emel tersebut kerana ia dikhuatiri spam.

Sumber: KKM