Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dinding Hotel Runtuh Ketika Majlis Perkahwinan, Sekurang-Kurangnya 15 Tetamu Maut

LIMA, Peru- Dinding sebuah hotel runtuh di Peru ketika majlis perkahwinan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang tetamu terbunuh.

Dalam kejadian yang berlaku ahad lalu, puluhan tetamu sedang menari di bahagian tengah dewan hotel sebelum dinding dan bumbung hotel tersebut runtuh secara tiba-tiba mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Seramai kira-kira 15 orang tetamu disahkan maut manakala 30 lagi cedera dan sedang dirawat di hospital.

Image result for hotel collapse in peru during wedding

Menurut Pegawai Sivil, Jorge Chavez, insiden tersebut disebabkan oleh tanah runtuh yang menimpa hotel berikutan bangunan itu dibina di bahagian lereng-lereng bukit.

Bandar tersebut mengalami cuaca hujan selama lima hari berturut-turut sebelum banjir berlaku dan mengakibatkan tanah runtuh.

Sumber: Fox News