Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Dine-in’ Dalam Kenderaan Tidak Dibenarkan, Tiada SOP Mengenainya Dibuat

Gambar: Bernama

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa ‘dine-in’ dalam kenderaan tidak dibenarkan.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Bernama, beliau menyatakan bahawa SOP berkenaan ‘dine-in’ dalam kereta itu tidak pernah dibuat.

Dalam kenyataan yang sama, beliau juga turut memaklumkan bahawa had masa 2 jam di dalam premis peruncitan akan dipantau melalui aplikasi MySejahtera sejurus sahaja pelanggan memasuki ke dalam premis.

Selain daripada itu juga, beliau turut menyatakan bahawa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Keamatan 2021 akan berkuat kuasa dari 27 Mei ini sehingga 2 Jun 2021.

Sumber: Bernama