Mungkin anda sedia maklum bahawa permata paling mewah di dunia adalah berlian. Tapi tahukah anda, pensil paling mewah di dunia bernilai USD12.8k?
Pensil termahal di dunia dikeluarkan oleh syarikat alat tulis terkemuka di dunia, Faber-Castell, yang diberi nama Graf von Faber-Castell. Ia juga digelar pensil paling sempurna dan terhad kepada 10 unit sahaja di dunia.

Bahagian dari pensil ini diperbuat daripada kayu zaitun berusia 240 tahun, emas putih 18 karat dengan disertakan pemadam dan pengasah.
Pensil ini direkabentuk dengan 99 bahagian berbeza, dengan bahagian hujung yang diperbuat daripada campuran emas dan palladium. Penutup pensil pula direka sangat mewah dengan bertatahkan tiga butir berlian di atasnya.
Walaubagaimanapun, pensil mewah keluaran syarikat alat tulis tertua di dunia ini mempunyai fungsi yang sama seperti pensil-pensil lain.
Sanggupkah anda berbelanja RM53 ribu hanya untuk sebatang pensil?
Sumber: Pursuitist