Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Kerana Bosan Dengan Isterinya, Suami Pukul Guna Tukul Ketika Mangsa Tidur Hingga Maut

Gambar Hiasan Via Google

Seorang lelaki didakwa sanggup membunuh isterinya di rumah mereka di Siwa, wilayah Matrouh, Kaherah pada Jumaat lalu kerana dipercayai bosan, lapor Gulf News.

Lelaki yang berasal dari Guyana, Amerika Selatan itu dipercayai memukul kepala isterinya dengan menggunakan tukul. Siasatan yang dilakukan oleh pihak pendakwa Marsa Matrouh, Kaunselor Mahmoud Abdel Azim, mendedahkan bahawa lelaki itu didakwa merancang membunuh isterinya pada malam Jumaat supaya orang ramai menunaikan solat jenazah dan meminta keampunan untuk isterinya.

Suspek yang berusia 51 tahun itu dilaporkan mengaku membunuh isterinya dengan memukul di kepala menggunakan tukul semasa mangsa sedang tidur kerana dipercayai sudah bosan dengannya.

Perbuatan suspek diketahui setelah dia meminta beberapa orang wanita dari bandar Siwa untuk memandikan mayat mangsa yang juga merupakan tradisi penting umat islam dan sebahagian dari solat jenazah.

Melihat kesan darah di kepala jenazah, mereka menghubungi pegawai perubatan. Setelah itu, insiden itu dilaporkan kepada pihak polis.

Sumber: Gulf News