Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isteri Tolong Gendong, Doktor Kerdil Sudah Rawat Lebih 2,000 Pesakit

Athirah
isteri gendong doktor kerdil
Kredit: SCMP

Isteri Tolong Gendong, Doktor Kerdil Sudah Rawat Lebih 2,000 Pesakit

Seorang doktor bertubuh kerdil berjaya merawat lebih 2,000 penduduk di sebuah kampung di China, hasil bantuan si isteri yang membantu memudahkan pergerakannya.

Xiao Jiulin, 60, sentiasa bergantung kepada isteri untuk memikul atau membawanya ke rumah pesakit sepanjang dia bertugas di kawasan luar bandar.

Menurut SCMP, Xiao mengalami masalah tumbesaran tidak normal sewaktu kanak-kanak akibat satu penyakit.

Keadaan itu menyebabkan beliau hanya mempunyai ketinggian kira-kira 90 sentimeter sebagai lelaki dewasa.

Pengorbanan isteri, bantu suami doktor kerdil rawat lebih 2,000 orang pesakit

Didorong oleh kekurangan penjagaan perubatan di kampungnya yang mundur dan penderitaan sendiri, Xiao bertekad untuk menjadi seorang doktor sejak kecil lagi.

Apabila sudah bergelar seorang doktor, Xiao mengambil keputusan untuk membuka sebuah klinik di kampung halamannya, Jiangxi.

Bagaimanapun, ramai penduduk kampung merasa ragu-ragu dengan Xiao dan salah satu faktor adalah disebabkan keadaan fizikalnya.

Tubuhnya yang kerdil juga membuatkan ada yang menganggap Xiao sebagai seorang penipu yang menyamar menjadi doktor.

Selepas tiga dekad mencurahkan bakti, dedikasi Xiao membuahkan hasil dan beliau berjaya memenangi kepercayaan penduduk kampung.

Malah, mereka juga mengagumi kemahiran perubatan yang dimilikinya, selain selesa dengan sifat mesra dan belas ihsan yang ditunjukkan Xiao.

Isteri sanggup membantu dirinya sepanjang bertugas

Menyentuh mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya, Xiao memberitahu beliau bertemu dengan wanita hebat itu lebih 20 tahun yang lalu.

Isterinya, Huang Shuzen ketika itu tersentuh dengan sifat tidak mementingkan diri dan keberanian yang ditunjukkan oleh Xiao.

Walaupun berbeza keadaan fizikal dan ketinggian, Huang tidak mempunyai masalah untuk mencintai Xiao sepenuh hati dan membantu pergerakan suaminya ke mana-mana.

“Saya bersimpati dengan keadaan Xiao, tetapi saya gembira melihat kesungguhannya untuk membantu pesakit.

“Jadi, saya sanggup menemaninya dan membantu membawa beg perubatannya sepanjang hayat,” kata Huang.

Mendapat penghormatan dari Persekutuan Wanita Seluruh China

Bukan itu sahaja, Huang juga sanggup menggendong Xiao di belakangnya apabila dia perlu ke rumah sakit terletak di kawasan terpencil yang tidak mempunyai jalan.

Malah, kediaman mereka juga pernah terbakar apabila Huang terlupa menutup api di dapur, kerana tergesa-gesa membantu Xiao merawat seorang pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Apabila merawat pesakit, Xiao hanya mengenakan yuran perkhidmatan minimum, selain membenarkan penduduk kampung yang tidak berkemampuan untuk menangguhkan bayaran bil perubatan.

Beliau juga sering menawarkan sesi rawatan susulan secara percuma kepada mereka yang menghidap penyakit kronik.

Selain itu, Xiao turut melakukan kunjungan ke rumah warga emas secara berkala dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

“Menjadi seorang doktor bermakna anda perlu melakukan yang terbaik untuk membantu orang lain.

“Saya bertekad mendedikasikan hidup saya untuk melindungi orang kampung yang saya anggap seperti keluarga sendiri,” kata Xiao.

Hasil baktinya selama ini menyaksikan Xiao, yang kini merupakan datuk kepada tiga orang cucu diberi penghormatan sebagai salah satu Keluarga Paling Berbudi Pekerti.

Anugerah berkenaan diberikan oleh Persekutuan Wanita Seluruh China.

Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Xiao yang memberikan bakti kepada penduduk setempat menjadi tular dan menyentuh hati ramai warga China.

BACA: Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024

Sumber:

South China Morning Post