Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Diskaun 10 Peratus Di Jambatan Kedua Pulau Pinang Sempena Tahun Baharu Cina

Gambar : Bernama

Batu Kawan : Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif JKSB Faisal Shahbudin berkata kadar diskaun itu bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 25 Jan.

“Diskaun ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat pihak syarikat bagi menghargai para pengguna serta memudahkan urusan balik kampung para pengguna JSAHMS. Kami jangka akan ada peningkatan dari segi trafik di kawasan ini nanti,” katanya kepada sumber di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri kempen advokasi keselamatan jalan raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang dengan kerjasama JKSB sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di laluan motosikal Plaza Tol JSAHMS, di sini.

Kempen itu turut membabitkan penglibatan 65 pelajar Semester 1 dan Semester 3 Kursus Teknologi Automotif Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai yang membuat pemeriksaan motosikal percuma.

Sementara itu, Pengarah JKJR Pulau Pinang M. Thurkah Thevi yang turut hadir berkata kempen advokasi itu akan dijalankan sehingga 15 Feb ini dengan pelbagai kempen keselamatan dianjurkan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan sepanjang tempoh sambutan perayaan itu.

“Setiap tahun kita ada peningkatan kes pelanggaran di jalan raya. Kita telah menambah petugas kita untuk mengadakan penambahan aktiviti dan kempen keselamatan sempena Tahun Baharu Cina ini, antaranya kita buat bersama dengan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dan Honda.

“Kami juga bekerjasama dengan Petronas di mana tujuh stesen Petronas terpilih di negeri ini akan mengadakan sesi ‘Coffee Break’ dua hari sebelum dan dua hari selepas Tahun Baharu Cina,” katanya.

Sumber : Bernama