Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Umum mengetahui konflik yang melanda Xinjiang antara etnik Uighur dan kerajaan komunis China yang didakwa menekan penduduk Islam di sana. Mereka dikatakan dilarang mengamalkan agama serta boleh ditahan polis jika solat tanpa permit.
Pelbagai media antarabangsa telah melaporkan tindakan kerajaan negara itu terhadap etnik minoriti Uighur yang majoritinya beragama Islam.
Bahkan, ada dakwaan yang menyatakan penduduk Islam di sana tidak dibenarkan menyimpan janggut, berpuasa, pergi ke haji, malah memerlukan permit untuk menunaikan solat.
Seorang warga Malaysia yang ke sana sempat merasai pengalaman etnik Uighur apabila mereka ditahan askar dan polis bersenjata hanya kerana solat di dalam masjid tanpa permit. Mari kita baca perkongsian oleh Tuan Zikri Fuad ini.
Menurut Zikri, kawalan di wilayah Xinjiang ini cukup ketat dan mempunyai banyak checkpoint untuk pemeriksaan oleh pihak askar dan polis. Bahkan, hampir setiap lokasi mempunyai mesin pengimbas badan.
Selepas mereka berpuas hati, barulah kami dibenarkan masuk ke bilik hotel. Tapi lepas tu, kalau nak jalan-jalan sekitar, pemandu pelancong kami kena ada kerana passport kami dipegang oleh pihak hotel. Nak jalan-jalan sini pun, ada checkpoint setiap 150-200m.
Pintu scanner ni, ada di hampir semua tempat. Masuk tandas ada, masuk restoran ada, masuk kedai ada, masuk bazaar ada…



Masjid di Turpan yang InsyaAllah kami akan ingat sampai ke akhir hayat. Kami sampai, mesin pengimbas ditutup dan tiada polis kawal pintu utama. Sebelum nak tunaikan solat Zohor dan Asar qasar berjemaah, angin dan hujan turun dengan lebat. Kawasan ni adalah tandus, jarang hujan.
MasyaAllah. Semasa solat, air menitik di atas bahu kami… dan air mata kami pun sama-sama menitis, menangis melihat nasib saudara Muslim di sini.
Kesalahan.. sebab kami masuk masjid, dan kami solat tanpa permit polis. Kami diiring ke balai polis yang macam kem tahanan. Siap ada mesingan di atas pintu, dan siap kenderaan perisai di dalam balai menyambut ketibaan kami.
Kami sempat SMS kedutaan dan pegawai di konsulat Malaysia di Kunming, memberikan koordinat GPS, peristiwa dan minta mereka selamatkan kami jika tiada berita dalam 2 jam.
Alhamdulillah selepas 4 jam, soal siasat dan perbincangan bersama ketua balai, tourguide dan ketua ekspedisi, kami dilepaskan.



Anda boleh teruskan membaca pengalaman mereka di sana yang sangat membuka mata dengan gambar-gambar di sini atau Facebook beliau, Zikri Fuad.
Sumber: Zikri Fuad