Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Doakan Keluarganya Tabah,” PU Azman Titip Doa Buat Mangsa Lemas Tiga Beradik

Gambar: BERNAMA/PU Azman

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kematian tiga beradik akibat lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong hari ini selepas mereka ditemui.

Penemuan mereka dimulakan dengan mayat Allahyarham Umar Iskandar yang ditemui pada jam 9.50 pagi, disusuli mayat Allahyarham Khairil Firdaus pada jam 11.36 pagi dan Allahyarham Md Hilman Abd Rashid pada jam 12.4o tengah hari.

Turut berasa pilu dengan pemergian secara serentak itu, PU Azman menitipkan doa buat ketiga-tiga mangsa dan berharap agar keluarga mereka tabah menghadapi dugaan yang berat ini.

Semoga roh kesemua mangsa dirahmati oleh Allah SWT dan semoga ahli keluarga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan.

Sumber: Puazmanofficial