Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Doktor Teruskan Pembedahan Meski Gempa Kuat ‘Gegar’ Bilik Bedah
Rusia hari ini dikejutkan dengan satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud melanda Semenanjung Kamchatka, kawasan timur jauh negara itu yang jarang didiami penduduk.
Gegaran kuat bukan sahaja mengejutkan warga setempat, malah mengakibatkan amaran tsunami di seluruh kawasan Lingkaran Pasifik.
Di media sosial, satu rakaman video dari sebuah hospital di Kamchatka tular menunjukkan detik cemas di bilik pembedahan ketika gempa berlaku.
Rakaman memaparkan doktor dan pasukan perubatan sedang menjalankan pembedahan ketika bangunan bergegar kuat akibat gempa. Para doktor bagaimanapun kekal tenang dan meneruskan pembedahan sehingga selesai.
Menurut Kementerian Kesihatan Rusia, difahamkan bahawa pembedahan tersebut berjaya dan pesakit kini dalam fasa pemulihan.
Untuk info, AFP melaporkan gempa tersebut adalah yang paling kuat di rantau itu sejak 1952, dengan gegaran susulan berkemungkinan sehingga 7.5 magnitud.
Perkara itu dimaklumkan oleh perkhidmatan pemantauan seismik serantau.
“Gempa bumi terkuat sejak 1952 baru sahaja berlaku di zon seismik Kamchatka. Gegaran susulan kuat sehingga 7.5 magnitud dijangka turut berlaku,” kata perkhidmatan geofizik Kamchatka di Telegram.
Lebih membimbangkan, gempa tersebut bukan sahaja mencetuskan amaran tsunami di negara itu sendiri, tetapi juga di Jepun, Hawaii, Ecuador, Filipina dan Indonesia.
BACA: Gempa 7.4 Magnitud Landa Rusia, Cetuskan Amaran Tsunami
BACA: Gempa Di Rusia Paling Kuat Sejak 1952
BACA: Gempa Bumi Kuat Di Rusia: Indonesia, Filipina Keluarkan Amaran Tsunami
Sumber: NDTV