Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dokumen zara qairina
Kredit Gambar: Bernama

Dokumen Dalam Plastik Milik Zara Qairina Diserah Kepada Guru Sekolah

BERNAMA

Dokumen Dalam Plastik Milik Zara Qairina Diserah Kepada Guru Sekolah

KOTA KINABALU, 22 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, seorang pelajar telah menyerahkan satu bungkusan plastik mengandungi nota-nota berkaitan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Saksi kelapan yang dipanggil semula itu berkata pelajar terbabit menyerahkan bungkusan berkenaan kerana tidak lagi mahu menyimpannya dan memberikannya kepada Warden Asrama Syukriah Fauzi sebelum Azhari menyerahkan bungkusan itu kepada polis.

“Semua dalam plastik tersebut adalah daripada pelajar berkenaan yang diterimanya daripada Zara Qairina,” katanya ketika menjawab soalan Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini.

Azhari berkata pelajar itu telah menyerahkan bungkusan berkenaan kepada Syukriah pada hari Zara Qairina meninggal dunia.

Saksi itu berkata beliau tidak pernah bertemu dengan pelajar tersebut, tetapi pernah menghubunginya untuk bertanya bilakah barangan itu diberikan oleh Zara Qairina, namun pelajar itu tidak mengingatinya.

Menjawab soalan lain, Azhari berkata beliau telah menerima dua diari terawal Zara Qairina pada 17 Julai 2025 selepas mesyuarat diadakan di sekolah itu, sebelum diserahkan ke balai polis.

Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan perkara berkaitan Zara Qairina termasuk gambar daripada dua muka surat dairi pelajar berkenaan.

Sementara itu, Shahlan ketika ditemui media berkata saksi kanak-kanak ada yang akan dipanggil semula dan saksi baharu termasuk seorang guru, akan dipanggil untuk memberi keterangan

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai tahun lepas, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, di Papar pada kira-kira 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos lepas telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Prosiding inkues bersambung esok, bagaimanapun ia akan dijalankan secara tertutup kerana melibatkan saksi kanak-kanak.