Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Inkues Zara: Pelajar Senior Tidak Percaya Zara Mencuri

Athirah

Inkues Zara: Pelajar Senior Tidak Percaya Zara Mencuri

KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) — Seorang pelajar senior memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa dia tidak percaya terhadap tuduhan kononnya Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencuri, sebaliknya menggambarkan remaja itu suka membantu rakan-rakannya.

Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-16, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada hari ke-25 prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, hari ini.

Berkongsi keterangan saksi, peguam Rizwandean M. Borhan yang mewakili ibu Zara Qairina berkata saksi berkenaan yang merupakan pelajar senior, menyifatkan Zara sebagai seorang yang ceria, aktif dan happy go lucky.

“Zara menghormati pelajar senior. Zara tidak pernah mengadu masalah atau tekanan kepada sesiapa. Saksi berkata dia merasakan Zara kurang digemari oleh beberapa pelajar di asrama, kerana ada yang memberi gelaran ‘Zara yang problem itu’ kerana menuduh Zara mencuri.

“Saksi juga berkata yang dia tidak percaya atas tuduhan Zara mencuri…Saksi mengesahkan tidak mendengar bunyi jatuh atau apa-apa yang ganjil sebelum kejadian pada malam itu,” kata Mohd Rizwandean ketika berkongsi keterangan saksi kepada pemberita selepas prosiding.

Mohd Rizwandean berkata saksi turut mendedahkan bahawa budaya memarahi dan memaki pelajar junior oleh pelajar senior, wujud di asrama berkenaan.

Beliau berkata ketika memberikan keterangan, saksi dilihat sebak dan menangis apabila mengenang kembali pengalaman pahit semasa menjadi pelajar junior, termasuk kejadian yang dialaminya ketika dikenakan dalam MA (Mesyuarat Aras) iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior.

“Akibat daripada MA itu, saksi sangat terkesan sehingga hari ini kerana pelajar senior kerap menyindirnya, apabila bertemu di kawasan sekolah.

“Saksi berkata, dia pernah disindir oleh pelajar senior kerana merupakan seorang ‘Badar’ dan sering merampas telefon pelajar lain yang dibawa ke sekolah. Mereka menyindir saksi dengan kata-kata ‘tu na tu jibam’. Jibam bermaksud ‘pe-report’ (orang yang suka melaporkan). Saksi buat tidak tahu saja dengan komen mereka,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina, berkongsi keterangan saksi kanak-kanak ke-17, berkata dia pernah melihat bekas torehan menyerupai parut “kod bar” pada lengan Zara Qairina, ketika mereka berdua berada di tandas asrama.

Ram berkata saksi yang merupakan pelajar tingkatan 1 di sekolah berkenaan, memaklumkan bahawa parut tersebut ditunjukkan sendiri oleh mangsa.

“Dia (saksi) cakap, dia tidak tahu kenapa. Dia tidak mahu bertanya kenapa, tetapi dia tahu apa itu ‘kod bar’. Kemudian soalan daripada pihak yang lain, banyakkah? Dia (saksi) cakap, banyak juga… garis-garis banyak jugalah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ram berkata saksi berkenaan juga mengesahkan pernah membaca diari milik Zara dengan kebenaran mangsa, namun kandungan diari itu lebih banyak dikaitkan dengan saksi lain yang akan memberi keterangan kemudian.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung Rabu.

BACA: “Baru Semangat Nak Hiking,” Gaya Abang Ni Tunjuk Kasut Baru Buat Ramai Ketawa

Sumber: Bernama