Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dr Maszlee Pelawa Pemuda BN Sertai ‘Hard Talk’ Malam Ini

PEMUDA
Kredit: Bernama

Dr Maszlee Pelawa Pemuda BN Sertai ‘Hard Talk’ Malam Ini

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mengundang sayap Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk menyertai satu sesi dialog terbuka bertajuk ‘Hard Talk: Dr Maszlee Malik vs 41 Anak Muda’ yang dijadual berlangsung malam ini.

Menerusi jemputan rasmi yang dikongsikan, bekas Menteri Pendidikan itu mempelawa ahli Pemuda BN mengambil bahagian dalam sesi perbincangan berkonsepkan no holds barred bagi membincangkan pelbagai isu semasa secara terbuka dan kritikal.

Menurut beliau, program berkenaan akan berlangsung pada pukul 9 malam di Plato Coffee, Menara IIB dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro AWANI.

Katanya, sesi tersebut memberi ruang kepada golongan muda untuk mengemukakan soalan-soalan keras serta kritikal secara terus berhubung isu semasa.

“Program ini merupakan satu sesi perbahasan terbuka dengan konsep no holds barred, di mana anak muda berpeluang mengemukakan soalan-soalan keras dan kritikal secara langsung kepada saya mengenai isu-isu semasa.

“Pihak penganjur turut menyediakan 10 slot khas kepada wakil Pemuda BN untuk menyertai sesi tersebut serta terlibat secara aktif dalam perbincangan,” katanya.

Tambahnya, penyertaan Pemuda BN amat dialu-alukan bagi memastikan program berkenaan menjadi platform dialog yang lebih seimbang, matang dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Maszlee yang mewakili PH bagi DUN Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 kini berdepan saingan lima penjuru dalam usahanya merebut kerusi tersebut.

Sumber:@maszlee