Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dr Samsuri Kecewa Tuntutan Kos Pembinaan LPT2 Ditolak

LPT2
Kredit: Bernama

Dr Samsuri Kecewa Tuntutan Kos Pembinaan LPT2 Ditolak

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan rasa kecewa selepas Kerajaan Persekutuan dilaporkan menolak tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan semula sebahagian kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Ahmad Samsuri berkata, keputusan itu sekali lagi menunjukkan hak yang diperjuangkan oleh Terengganu masih belum diberikan seperti yang diharapkan.

“Sudah tentu Terengganu kecewa. Nampaknya ada satu cara sahaja untuk kami perolehi semula hak-hak kami yang dinafikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, tanpa perlu lagi memperdebatkan isu tersebut secara panjang lebar, penyelesaian yang dilihat paling berkesan adalah menerusi perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Ini kali, tanpa perlu bahas berjela-jela, satu cara sahaja iaitu kita ubah kerajaan di peringkat Persekutuan dalam PRU16 nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kerajaan Persekutuan yang dilaporkan tidak meluluskan tuntutan Terengganu untuk mendapatkan semula sebahagian kos pembinaan LPT2.

Isu tuntutan berhubung pembinaan LPT2 sebelum ini sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri yang berpandangan Terengganu berhak memperoleh semula sebahagian kos berkaitan projek lebuh raya tersebut.