Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dr. Zul Hadiahkan Buku ‘Inilah Doaku’ Untuk Warga HTJ, Doakan Semua Dimurahkan Rezeki

Gambar Via Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa beliau telah pulih sepenuhnya dari jangkitan COVID-19 dan dibenarkan discaj dari Hospital Tuanku Ja’far pada petang ini.

Menerusi ciapan terbaru di Twitter miliknya, Dr. Zulkifli menitipkan penghargaan serta buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja’far yang telah menguruskan beliau sepanjang menerima rawatan di situ.

Memberikan sedikit sumbangan dan buku yang bertajuk ‘Inilah Doaku’ sebagai kenangan, Dr. Zulkifli juga mendoakan kebaikan kepada mereka.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri