Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Beradik Maut Nahas Di Kampung Gajah

Dua beradik maut
Kredit: JBPM Perak

IPOH, 8 Okt (Bernama) -- Dua beradik maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kampung Teluk Sareh dekat Kampung Gajah, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan rakannya Adam Danial Abdul Rahman 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah digerak ke lokasi kejadian.

“Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Toyota Yaris dan sebuah motosikal Yamaha Y15.

“Setibanya jentera di lokasi mendapati kereta tersebut berada di dalam parit dan terdapat seorang mangsa di dalam kereta namun tidak tersepit. Penunggang dan pembonceng motosikal turut berada di dalam parit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala pemandu kenderaan terbabit yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Seri Iskandar untuk rawatan lanjut.

Menurut Sabarodzi, pihaknya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) mengangkat ketiga-tiga mangsa menggunakan alat pengusung dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.54 pagi.

Sumber:BERNAMA