Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Beradik Maut Selepas Bermain Sorok-sorok
Seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan di Colombia dilaporkan maut akibat lemas selepas dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku ketika bermain sorok-sorok di rumah mereka.
Metro UK melaporkan mangsa yang merupakan pasangan adik-beradik, Sauri dan Darien Tiller yang masing-masing berusia lapan dan lima tahun, dipercayai tidak dapat bernafas selepas pintu peti sejuk beku tempat mereka bersembunyi tertutup.
Ibu bapa mereka pulang kira-kira 20 minit kemudian dan menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak bernyawa serta terperangkap di dalam peti sejuk tersebut.

Adik-beradik itu kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Vista Hermosa, namun gagal diselamatkan.
Bapa mangsa, Brayan Guevara Trivino memaklumkan bahawa suis peti sejuk beku telah dimatikan ketika beliau dan isterinya keluar ke kedai sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) pada Sabtu lalu.
“Kami keluar dan berada di luar kira-kira 20 minit. Suis peti sejuk beku itu tidak dihidupkan
“Mereka masuk ke dalam untuk bermain. Penutupnya terjatuh dan tertutup rapat, menyebabkan mereka sesak nafas,” ujarnya.