Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Salah satu perkara yang menggembirakan ibu bapa adalah, apabila tidak lama lagi anak-anak akan menyambut tahun pertama persekolahan mereka. Namun, kegembiraan ibu bapa masih terselit kerisauan tentang anak-anak.
Kerisauan yang wujud itu, jelas menzahirkan kasih sayang seorang ibu yang sebenar. Oleh itu, dua bulan sebelum sesi persekolahan bermula ibu bapa perlu membuat persedian awal dari segi fizikal, akademik dan emosi.
Apabila barang keperluan belajar anak sudah tersedia, ibu bapa perlu menulis nama pada setiap barangan anak. Hal ini untuk mengelakkan daripada berlaku kecurian dan hilang.

Tidak menjadi masalah untuk mengesan dan mendapatkan semula kerana tertera namanya pada barangan tersebut. Selain itu, cara ini dapat membantu ibu bapa daripada kerap membeli alat tulis anak dan dapat mengelakkan perlu membeli setiap minggu.
Barang yang dimaksudkan adalah alat tulis, warna pensil, pemadam dan buku. Sekiranya ada kawan yang pinjam, minta dipulangkan semula. Secara tidak langsung, dia sudah belajar berkongsi dengan kawannya. Namun, inilah sebab utama ibu bapa tulis nama di setiap barang keperluan belajar anak.
Sebagai contoh, alat tulis anak sama dengan kawannya atau terambil oleh kawannya tidak menjadi masalah untuk dia mengesan barangnya sendiri apabila namanya sudah tertulis pada barang tersebut.
Hal ini juga dapat mengelakkan pergaduhan. Selain itu, apabila anak membawa bekal makanan ke sekolah. Kemudian, minta dia berkongsi dengan kawan-kawannya.
Sudah tentulah, perkara paling penting perlu ibu bapa sediakan terlebih dahulu ialah barang keperluan sekolah anak. Ini antara barang yang perlu dibeli iaitu:
Tudung putih atau songkok
Tudung sukan (hitam)
Lencana sekolah
Tag nama
Singlet atau baju dalam
Kapur kasut (putih) atau kiwi kasut (hitam)

Manakala, ibu bapa juga perlu menyediakan alat tulis atau kelengkapan belajar anak untuk kegunaan di sekolah. Hal ini juga dapat mengelakkan anak anda dimarahi cikgu dan ketinggalan dalam pembelajaran seperti tidak bawa buku teks, pensel atau buku latihan. Ini senarai yang wajib disediakan untuk anak:
Minggu pertama anak anda masuk persekolahan, susu buku anak mengikut jadual, ajak sekali dia mengikuti sesi itu dan minta dia hulurkan buku yang hendak dibawa. Apabila dia memerhati dan lakukan setiap hari dia akan terbiasa dan buat sendiri.
Namun, pada minggu akan datang minta dia susun jadual sendiri tetapi perhatikan sekali untuk mengelakkan dia tersalah bawa buku ke sekolah. Hal ini kelihatan biasa, ia akan menampakkan perubahan dan kesan yang lebih baik.
Kekemasan dan kesihatan anak anda hendaklah dijaga, memastikan kuku anak sentiasa pendek setiap kali ke sekolah. Ini untuk mendidik anak anda supaya menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak ambil mudah dalam sesuatu perkara.
Sekiranya kuku anak panjang dan kotor, hendaklah dipotong. Hal ini kerana, apabila makan kuman yang ada pada kuku akan masuk dalam badan. Hal ini juga perlu dijaga untuk mengelakkan anak anda daripada jatuh sakit dan tercedera. Selain itu, jika kuku anak panjang dan tajam akan mencederakan kulit anak dan kawan mereka ketika bermain atau belajar di sekolah.
Kaedah menampal nombor telefon ibu bapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah adalah langkah keselamatan yang baik.
Hal ini dapat memudahkan cikgu untuk memaklumkan kepada anda sekiranya ada hal mustahak yang perlu ibu bapa tahu mahupun buku atau barangan tersebut tercicir atau hilang.
Selalunya waktu persekolahan bermula pada awal pagi. Jadi beberapa minggu sebelum sekolah nak bermula, anda perlu ajar anak untuk tidur awal. Secara tidak langsung, dia akan terbiasa untuk tidur dan bangun pada awal pagi. Dalam pukul 10 malam sudah bersedia untuk minta mereka masuk bilik tidur. Sejak daripada awal lagi, anda perlu latih mereka dapat membina disiplin diri anak.

Apabila anak sudah mula belajar di sekolah. Walaupun, sudah sediakan bekal untuknya ke sekolah. Mesti ada ketika dia hendak beli makanan di kantin semasa rehat bersama kawan-kawan. Anak anda perlu belajar mengenali wang, yang mana satu satu ringgit, lima ringgit dan syiling. Memang anak anda tidak perly sehingga membawa wang lebih daripada sepuluh ringgit sehari. Pentingnya untuk dia mula belajar perlahan-lahan.
Anak lap mulut dan dilengan baju, sentiasa menjadi rungutan ibu bapa berdasarkan pengalaman mereka dahulu. Walaupun, perkara ini sepatutnya tidak perlu terjadi, anak yang hanya cuba kapai apa yang dekat dengan dia sahaja.
Untuk mengelakkannya berlaku sehingga baju sekolah putih bertukar kekuningan ajar anak anda supaya mengelap mulut dan tangan menggunakan sapu tangan. Sediakan satu sapu tangan atau tisu kepada mereka setiap kali ke sekolah.
Sekiranya anak anda lelaki, pastikan dia pandai memakai dan membuka tali pinggang sendiri amat penting. Awal-awal persekolahan mungkin boleh cikgu bantu mereka, jumlah cikgu tidak cukup untuk mengawal seramai mana murid.
Anak anda mesti perlu lakukan sendiri. Tidak menjadi masalah buat masa sekarang, lama kelamaan dia sudah terbiasa juga asalkan dia diajar terlebih dahulu kerana ini masa untuk dia belajar berdikari.
Anda perlu mengajar anak cara menggunakan tandas awam seperti tandas di sekolah. Hal ini kerana, tandas di rumah berbeza dengan tandas di sekolah. Jadi anak anda masih tidak biasa dan masih baru dengan persekitaran dan suasana di sekolah.
Anda boleh cuba cara ini, ketika anda keluar bersama keluarga semasa di pusat membeli belah, apabila anak anda hendak ke tandas bawanya ke tandas dalam masa yang sama suruh dia buat sendiri dan perhatikan.
Akan ada satu ketika, anda terpaksa menghantar mesej untuk bertanya kepada cikgu. Sebagai contoh, berkaitan dengan aktiviti yang diadakan, pakaian anak, bayaran yang perlu dilunaskan atau sebagainya yang memerlukan anda mendapat jawapan dengan segera.
Seeloknya, sentiasa peka dan baca group tersebut dari masa ke masa untuk mendapat maklumat lebih awal. Jangan sesekali tunggu waktu malam, boleh juga jadi anda perlu sediakan apa-apa barangan anak yang perlu dibawa ke sekolah keesokan harinya.
Peranan ibu bapa sangatlah penting kerana anda sebagai contoh kepada anak anda. Cara anda mendidik dan perbuatan anda setiap hari mempengaruhi persekitaran dan pemikiran anak-anak.
Jangan sesekali bercerita atau memberi gambaran tentang persekolahan itu satu beban atau menyeramkan untuk anak. Anggapan mereka dengan apa yang kita gambarkan akan berterusan dan mempengaruhi minda mereka.
Anda perlu memberi pendedahan tentang belajar salah satu perkara yang menyeronokkan seperti bertemu dengan kawan-kawan serta untuk masa depan mereka.
Secara tidak langsung, dia sedang belajar satu persatu perkara baru dalam hidupnya seperti soalan-soalan yang perlu berfikir di luar kotak pemikiran iaitu KBAT. Mereka memerlukan sokongan daripada anda bukan rungutan.
Sebagai ibu bapa terapkan dalam diri anak-anak, belajar untuk menjadi bijak, pandai dan mencapai cita-cita menjadi seorang guru, doktor, polis, bomba atau sebagainya. Jadi anak-anak lebih jelas apa tujuan persekolahan ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber: theAsianparent