Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lubang Benam Di Seoul ‘Telan’ Kereta, Dua Cedera

Athirah
lubang benam seoul
Kredit: Channel News Asia

Lubang Benam Di Seoul ‘Telan’ Kereta, Dua Cedera

Dua individu mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki dilapor terjatuh ke dalam lubang benam di Korea Selatan, hari ini.

Menurut Channel News Asia, kejadian berkenaan berlalu ketika mereka melalui sebatang jalan di daerah Seodaemun di barat Seoul.

Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki wanita berusia 70-an dan lelaki 80-an dilapor terbenam dalam lubang berkenaan secara mengiring.

Lubang benam di Seoul ‘telan’ kereta

Ia menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan hospital.

Kejadian itu juga turut menyebabkan laluan berkenaan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk.

Dalam pada itu, punca kejadian lubang benam berkenaan masih dalam siasatan setakat ini. Manakala lokasi kejadian telah pun ditutup oleh pihak berkuasa tempatan.

Pelancong India jatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India

Terdahulu, seorang pelancong India dilapor terjatuh dalam tanah jerlus dalam kejadian yang berlalu di Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur.

Operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy, 48, masih berjalan dan sudah pun memasuki hari ketujuh pada Khamis.

Semalam, media tempatan melaporkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke lokasi kejadian petang semalam selain pengesanan kamera.

Kejadian lubang benam turut berlaku di Malaysia

“Daripada penghiduan, pasukan K9 kita nampak macam ada kecenderungan ke arah situ, jadi kita akan berusaha untuk mencari di kawasan berkenaan.

“Ini hasil daripada penghiduan semalam… melalui kamera juga nampak ada halangan, mungkin mangsa tersangkut dan sebagainya, jadi kita nak buat carian di situ,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Beliau berkata pada masa ini, kerja-kerja menyedut air kumbahan dilakukan bagi memudahkan pergerakan penyelam daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM.

BACA: Tanah Jerlus: JBPM Kesan Objek Terhalang, Operasi SAR Diteruskan Pada 2 Pagi

BACA: Taufan Shanshan: Lebih 50 Cedera Di Barat Daya Jepun

Sumber: Channel News Asia