Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tanah jerlus objek terhalang
Gambar: BERNAMA

Tanah Jerlus: JBPM Kesan Objek Terhalang, Operasi SAR Diteruskan Pada 2 Pagi

Iqbal Yasir

Tanah Jerlus: JBPM Kesan Objek Terhalang, Operasi SAR Diteruskan Pada 2 Pagi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke lokasi kejadian petang semalam selain pengesanan kamera.

“Daripada penghiduan, pasukan K9 kita nampak macam ada kecenderungan ke arah situ, jadi kita akan berusaha untuk mencari di kawasan berkenaan.

“Ini hasil daripada penghiduan semalam… melalui kamera juga nampak ada halangan, mungkin mangsa tersangkut dan sebagainya, jadi kita nak buat carian di situ,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Beliau berkata pada masa ini, kerja-kerja menyedut air kumbahan dilakukan bagi memudahkan pergerakan penyelam daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM.

Ahmad Izram berkata operasi dengan kaedah selaman itu akan dimulakan pada 2 pagi melibatkan lapan penyelam dengan dibantu oleh 75 anggota yang mengawal jentera dan logistik.

“Kita lakukan operasi ini pada 2 pagi kerana kita jangkakan paras air kumbahan akan kurang dari satu meter berbanding kebiasaannya, paras air ketika ini pada ketinggian 1.5 meter dengan kelajuan tiga knot. Kelajuan ini menandakan air deras dan merisikokan penyelam.

“Kita ambil inisiatif untuk periksa di lurang kumbahan itu kerana ada ruang kecil antara dinding lurang kumbahan dengan paip saluran air kumbahan, kemungkinan ada objek tersekat di ruang berkenaan,” katanya sambil menambah Denti dan Frankie akan dibawa turun bersama bantuan kamera serta penyelam apabila air kumbahan surut.

BACA: Seorang Penyelam TLDM Meninggal Dunia Ketika Operasi Salvaj KD Pendekar

Beliau berkata kedua-dua anjing baka English Springer Spaniel itu dibawa turun untuk membantu mencari mangsa kerana mempunyai daya pengesanan dalam air yang baik.

Ahmad Izram berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih melakukan pemeriksaan di kesemua lurang ketika ini dan usaha pencarian mangsa akan diteruskan dengan pelbagai kaedah serta kepakaran yang ada.

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi SAR memasuki hari keenam hari ini.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan malam ini memaklumkan pasukan JBPM telah masuk ke saluran kumbahan secara huluan dari lurang kumbahan di Wisma Yakin di sini.

Selain itu, kerja-kerja shoring (sistem sokongan sementara) secara manual dan kerja-kerja penggalian juga telah dilaksanakan.

Menurut DBKL, kerja-kerja mengesan mangsa menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah oleh Jabatan Mineral dan Geosains diteruskan serta disambung esok.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa laluan ditutup dari Pondok Polis Jalan Masjid India hingga ke Semua House bagi kelancaran operasi SAR di lokasi kejadian dan orang ramai dinasihat supaya mengurangkan pergerakan di kawasan tersebut.

Tinjauan Bernama setakat 10.30 malam ini mendapati lokasi kejadian dipenuhi beberapa lori yang membawa peralatan dipercayai untuk proses menyedut air kumbahan bagi memudahkan operasi pencarian.

Sumber: BERNAMA