Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kanak-Kanak Lelaki Maut Basikal Dirempuh Kereta 

Iqbal Yasir
kanak-kanak maut basikal dirempuh kereta
Gambar: Bernama

Dua Kanak-Kanak Lelaki Maut Basikal Dirempuh Kereta

ALOR SETAR, 22 Nov (Bernama) — Dua kanak-kanak lelaki maut selepas basikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Kampung Sedaka Tengah di Yan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.25 pagi daripada orang awam memaklumkan kejadian melibatkan masing-masing sebuah kereta dan basikal.

“Mangsa yang berusia 10 dan 11 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hamizi berkata mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu kereta telah ditahan dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama