Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kenderaan Dipercayai Tertimbus Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Kredit: Utusan Malaysia

IPOH – Dua kenderaan dipercaya tertimbus tanah runtuh di Seksyen 27 hingga 30 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Kenderaan yang tertimbus tanah runtuh itu adalah sebuah lori kecil dan sebuah kereta. Ekoran kejadian itu, laluan di kedua-dua arah itu ditutup bagi semua kenderaan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima pada pukul 1:44 petang tadi. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dihantar ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat.

Sumber: Utusan Malaysia