Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Pemancing Sudah Berbaik, Perselisihan Faham Selesai

Nurhanis
perselisihan faham pemancing
Gambar: Sinar Harian

Dua Pemancing Sudah Berbaik, Perselisihan Faham Selesai

Dua pemancing lelaki yang tular kerana bertelagah mengenai sungai ketika memancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat akhirnya memilih untuk berdamai dan menyelesaikannya dengan cara baik, lapor Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata dua laporan polis berkaitan individu tersebut telah diterima pihaknya.

Laporan itu dibuat atas tujuan mahu mencari jalan penyelesaian yang positif dalam pergaduhan mereka.

“Polis telah mengesan dan mengambil maklum penyebaran kenyataan dan perkongsian video di media sosial berkaitan perselisihan faham dua pemancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat pada 22 Januari lalu.

“Perselisihan faham yang berlaku hanya melibatkan dua individu sahaja dan satu perjumpaan melibatkan mereka bersama Polis Daerah Segamat, Jabatan Perikatan Daerah Segamat, ketua kampung turut dibuat sejurus laporan polis diterima.

BACA: Pemancing Jumpa Rangka Manusia Tidak Sempurna Tepi Tebing Sungai

“Alhamdulillah, ia dapat menjernihkan isu secara kerjasama yang baik,” katanya pada Selasa.

Ahmad Zamry berkata perselisihan faham itu telah menemukan penamat yang baik dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Oleh itu, beliau berharap orang ramai dinasihatkan agar menghentikan penyebaran atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sahih berkenaan dengan isu itu.

“Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis, jadi perkara sudah selesai. Kita harap perkara ini tak perlu dipanjang-panjangkan lagi,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian