Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Wanita Rentung Kemalangan Di Yong Peng

Dua Wanita Rentung
Kredit: Bernama

BATU PAHAT, 9 Okt (Bernama) -- Dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, petang tadi.

Mangsa ialah pemandu Perodua Myvi Siti Nur Batrisya Mohd Khalid dan penumpangnya Siti Nurmaisarah Abd Jalil, kedua-duanya berusia 22 tahun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 petang.

“Kereta itu terbakar kira-kira 80 peratus dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.

“Bomba menjalankan kerja pemadaman sebelum mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas. Mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shamin berkata mangsa ditemukan dalam keadaan rentung manakala tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki lori Isuzu tidak mengalami kecederaan.

Operasi yang melibatkan 16 anggota daripada BBP Ayer Hitam dan BBP Yong Peng tamat pada 6.38 petang.

Intipati
  • Dua wanita maut selepas Perodua Myvi dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan lori.
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Siti Nur Batrisya Mohd Khalid dan Siti Nurmaisarah Abd Jalil.
  • Tiga lelaki dalam lori Isuzu tidak cedera, manakala operasi bomba tamat 6.38 petang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan