Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Gambar Hiasan via Google

Duit Masjid Dicuri, Adakah Pengurusan Masjid Perlu Gantikan? Ini Penjelasan Mufti

Nurul Nabila

Setiap masjid pasti mempunyai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang dilantik bagi memastikan pengurusan di dalam masjid dijaga dengan sebaiknya. Setiap perkara perlu dititikberatkan, baik dari segi kebersihan kawasan, tabung masjid mahupun peralatan yang digunakan untuk ibadah atau ceramah di dalamnya.

Namun, kita tidak dapat menjangka sekiranya ada sesuatu yang tidak diingini berlaku, contohnya seperti kejadian kecurian wang tabung masjid. Apabila kejadian kecurian wang ini berlaku, pihak pengurusan masjid mungkin akan dipersoalkan kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah.

Walau bagaimanapun, terdapat penjelasan mengenainya sama ada perlu diganti semula atau tidak wang yang hilang tersebut. Bagi mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti penjelasan yang dikongsikan oleh Mufti WP di bawah.

SOALAN

Saya merupakan salah seorang AJK masjid yang ditugaskan untuk mengawasi tabung masjid. Duit tabung yang berada dalam simpanan saya telah dicuri. Adakah saya bertanggungjawab untuk menggantinya?

Terima kasih.

JAWAPAN RINGKAS

Duit masjid yang hilang dalam jagaan yang rapi tidak perlu diganti manakala jika hilang kerana kecuaian hendaklah diganti oleh penjaga tersebut.

HUJAH DAN ANALISIS

Masjid merupakan salah satu institusi yang mempunyai peranan yang penting di dalam Islam. Masyarakat meletakkan satu kepercayaan yang utuh kepada institusi masjid sebagai wadah dalam penyatuan ummah melalui aktiviti yang dijalankan oleh pengurusan masjid. Setiap masjid akan mempunyai tabung sendiri bagi mengumpul dana dalam memastikan setiap aktiviti masjid dalam menegakkan syiar Islam dapat berjalan dengan baik.

Pengurusan tabung masjid akan diuruskan oleh jawatankuasa yang telah diberikan amanah terhadap tabung tersebut. Segala perbelanjaan, keselamatan tabung tersebut menjadi amanah bagi jawatankuasa yang terlibat agar tidak hilang atau rosak. Penjagaan yang teliti harus dititikberatkan oleh pemegang amanah agar wang tersebut selamat sama ada dicuri atau berlaku penyalahgunaan. Hal ini kerana, kutipan tabung masjid boleh mencapai ribuan bahkan ratus ribu ringgit. Justeru itu, adalah menjadi kewajipan bagi pemegang amanah untuk memastikan ia selamat dengan penjagaan yang rapi. Sikap sambil lewa hanya akan membawa kepada perkara yang tidak diingini seperti hilang dicuri dan sebagainya.

Jika duit masjid yang dijaga hilang di dalam jagaannya yang rapi maka pemegang amanah tersebut tidak wajib menggantinya. Namun, jika kehilangan itu disebabkan kecuaiannya, maka pemegang amanah tersebut wajib menggantikannya. Sebagai contoh, wang tersebut hilang di dalam pejabat yang dikunci rapi, maka dia tidak wajib menggantikannya kerana tidak sengaja. Namun, jika dia meninggalkan wang tersebut di mana-mana tanpa pengawasan yang rapi maka dia wajib menggantikannya kerana berlaku kecuaian. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Khatib al-Syarbinie di dalam kitabnya:

كُلُّ مَالٍ تَلِفَ فِي يَدِ أَمِينٍ ‌مِنْ ‌غَيْرِ ‌تَعَدٍّ لَا ضَمَانَ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Setiap harta yang rosak di tangan pemegang amanah dengan tanpa kecuaian maka dia tidak perlu menggantikannya”.

(Rujuk Mughni al Muhtaj 4/143)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jawatankuasa yang menguruskan tabung masjid haruslah sentiasa memastikan tabung masjid berada dalam keadaan yang selamat. Sebarang kecuaian hendaklah dielakkan kerana jawatankuasa merupakan pemegang amanah yang bertanggungjawab ke atas keselamatan tabung masjid. Jika kehilangan disebabkan kecuaian adalah menjadi kewajipan pemegang amanah untuk menggantikannya kembali.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan