Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dulu Jadi Fenomena, Ini 5 Perkara Yang Semakin Dilupakan Ketika Hari Raya

raya
Kredit: ImageFX

Dulu Jadi Fenomena, Ini 5 Perkara Yang Semakin Dilupakan Ketika Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri sememangnya sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun kerana ia menjadi waktu untuk berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.

Namun jika dikenang kembali, sambutan raya pada suatu ketika dahulu mempunyai suasana dan keistimewaan yang tersendiri.

Walaupun sambutan hari raya pada masa kini masih meriah, tidak dapat dinafikan terdapat beberapa perkara yang semakin jarang dilihat kerana perubahan gaya hidup dan perkembangan teknologi.

Berikut merupakan lima perkara yang semakin dilupakan dan jarang dilihat kini.

1. Tradisi kad raya

Jika dahulu, antara perkara yang paling dinanti-nantikan menjelang Hari Raya ialah menerima kad ucapan raya.

Kad-kad ini datang dalam pelbagai bentuk dan rekaan menarik.

Ada yang dihiasi corak ketupat, masjid dan suasana kampung, malah ada juga kad yang boleh memainkan muzik apabila dibuka.

Namun, tradisi ini kini semakin jarang dilihat. Seiring dengan perkembangan teknologi, kebanyakan ucapan Hari Raya dihantar secara digital melalui aplikasi seperti WhatsApp atau media sosial.

Kad ucapan fizikal yang suatu ketika dahulu menjadi simbol kemeriahan Aidilfitri kini boleh dikatakan hampir pupus dan hanya tinggal sebagai kenangan bagi generasi yang pernah melaluinya.

2. Duit raya fizikal

Duit raya selalunya diberikan secara fizikal menggunakan sampul khas yang berwarna-warni dan bercorak menarik.

Kanak-kanak pula antara yang paling teruja apabila menerima sampul duit raya daripada ahli keluarga atau tetamu yang datang berkunjung.

Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, cara pemberian duit raya juga semakin berubah.

Walaupun masih ada yang mengekalkan tradisi memberi duit raya secara fizikal, kini semakin ramai yang memilih untuk menghantarnya secara digital.

Ada yang menggunakan pemindahan bank, kod QR atau e-wallet bagi memudahkan urusan, terutamanya jika ahli keluarga atau saudara-mara tinggal jauh.

Kredit: ImageFX

3. Baju raya tempah

Suatu ketika dahulu, ramai keluarga akan menempah baju raya di kedai jahit.

Malah ada yang membuat tempahan untuk satu keluarga sekali gus supaya semua dapat memakai baju sedondon pada pagi raya.

Kebiasaannya, tempahan perlu dibuat lebih awal kerana tukang jahit akan menerima banyak pesanan menjelang Aidilfitri.

Proses memilih kain, mengambil ukuran badan dan menunggu baju siap dijahit menjadi antara rutin yang cukup sinonim setiap kali musim raya.

Namun kini, kebanyakan orang lebih memilih untuk membeli pakaian raya yang sudah siap dijual di butik atau secara dalam talian.

Pilihan yang semakin banyak serta lebih mudah didapati membuatkan tradisi menempah baju raya sedikit demi sedikit semakin dilupakan.

Kredit: ImageFX

4. Balik kampung naik kereta lama

Perjalanan balik kampung dahulu juga mempunyai suasana yang cukup berbeza.

Perkara yang paling menghidupkan suasana sepanjang perjalanan ialah lagu-lagu raya yang dimainkan di radio.

Menariknya, hampir setiap saluran radio pada waktu itu akan memainkan lagu raya.

Keadaan itu mewujudkan satu suasana di mana semua orang merasai kemeriahan Aidilfitri hanya melalui siaran radio.

Kini, kebanyakan kereta sudah dilengkapi teknologi moden seperti Bluetooth atau sambungan telefon pintar.

Pemandu boleh memilih sendiri lagu yang ingin dimainkan, sama ada dari aplikasi muzik atau senarai lagu peribadi.

Walaupun lebih mudah dan fleksibel, suasana mendengar lagu raya secara serentak seperti dahulu kini semakin jarang dirasai.

Kredit: ImageFX

5. Buat kuih raya

Tradisi membuat kuih raya di rumah masih diamalkan sehingga hari ini.

Jika dibandingkan dengan dahulu, suasananya agak berbeza.

Dahulu, ramai yang akan meluangkan masa di dapur untuk membuat pelbagai jenis kuih raya bersama ahli keluarga.

Ada yang sanggup membuat kuih dalam jumlah yang banyak seperti biskut semperit, tart nenas dan pelbagai lagi kuih tradisional.

Namun kini, semakin ramai yang memilih untuk membeli sahaja kuih raya yang sudah siap dijual.

Pilihan yang banyak serta lebih mudah didapati membuatkan ramai mengambil jalan yang lebih praktikal.

Walaupun masih ada yang membuat sendiri di rumah, tradisi tersebut tidak lagi semeriah seperti dahulu.

Kredit: ImageFX

Sumber:Gempak