Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

DUN Melaka Dijangka Dibubar Hari Ini

DUN Melaka
Kredit: Bernama

MELAKA, 22 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 2 petang ini di Kompleks Seri Negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Spekulasi berhubung pembubaran DUN itu semakin hangat diperkatakan apabila mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang asalnya diadakan pada Rabu, dijalankan lebih awal pada 12 tengah hari ini.

Difahamkan, Ab Rauf mempengerusikan mesyuarat berkenaan pada 12 tengah hari.

Pejabat Ketua Menteri Melaka turut mengeluarkan jemputan kepada media untuk menghadiri satu sidang media pada 2 petang.

Pada 2021, PRN Melaka menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) lima dan Perikatan Nasional (PN) dua.

Mandat kerajaan negeri semasa dijadual berakhir pada 27 Dis ini.

Intipati
  • Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran DUN Melaka pada 2 petang ini.
  • Mesyuarat Exco negeri diawalkan kepada tengah hari, mencetuskan spekulasi pembubaran DUN.
  • Pada PRN 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan