Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PETALING JAYA, 17 July 2026: Dunlop terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi peluasan pesat rangkaian pengedar, rangkaian penyelesaian tayar yang lebih meluas serta pelaburan berterusan dalam produk yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna jalan raya Malaysia yang semakin berkembang.
Dalam tempoh hanya beberapa bulan, Dunlop telah mengembangkan rangkaian pengedarnya di seluruh negara sebanyak lebih 30%, daripada kira-kira 150 kepada lebih 200 premis sejak Mei 2026. Perkembangan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan pengedar serta rakan perkhidmatan automotif terhadap jenama tersebut, di samping mengukuhkan capaian Dunlop di seluruh negara.
Pencapaian terbaharu ini membina legasi kukuh Dunlop di Malaysia. Pada tahun 1963, Dunlop menjadi pengeluar tayar pertama yang menubuhkan kemudahan pengeluaran tempatan di negara ini, sekali gus membantu meletakkan asas kepada pembinaan salah satu jenama tayar yang paling dikenali di Malaysia.
Kini, di bawah pengurusan Toyotsu Binter Malaysia Sdn. Bhd. serta disokong oleh kepakaran kejuruteraan Sumitomo Rubber Industries, Dunlop memberi tumpuan kepada usaha menjadikan teknologi tayar premium lebih mudah diakses, sambil mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran yang semakin kompetitif.
Pasaran tayar gantian di Malaysia terus berkembang sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap produk yang menawarkan keselamatan, prestasi dan nilai merentasi segmen kereta penumpang, SUV serta kenderaan elektrik.
Marcus Lim, Pengarah Urusan Toyotsu Binter Malaysia Sdn. Bhd., berkata, “Malaysia merupakan pasaran yang penting bagi Dunlop dan kami melihat potensi yang amat besar untuk terus berkembang dalam jangka panjang.
“Pengguna kini mencari produk yang menawarkan kualiti, keselamatan dan prestasi, namun pada masa yang sama mengharapkan nilai yang setimpal. Di sinilah kami melihat peluang untuk Dunlop. Aspirasi kami adalah untuk meletakkan Dunlop sebagai jenama premium yang sedang meningkat dengan menjadikan prestasi premium lebih mudah diakses oleh lebih ramai pengguna di Malaysia,” katanya.
Marcus berkata strategi pertumbuhan syarikat bukan sekadar memperluaskan rangkaian peruncit.
“Kami mahu Dunlop tersedia di mana sahaja pelanggan memilih untuk membeli dan mendapatkan perkhidmatan tayar mereka, sama ada melalui pengedar tayar, pusat servis automotif atau saluran peruncitan masa hadapan yang menawarkan lebih kemudahan dan akses. Teras strategi kami ialah membina kerjasama kukuh dan berkekalan dalam ekosistem pasaran selepas jualan automotif Malaysia,” tambah beliau.
Bagi menyokong strategi tersebut, Dunlop terus memperluaskan portfolio produknya merentasi segmen pasaran utama. Rangkaian ini merangkumi Blue Response TG untuk kenderaan penumpang harian, SP Sport Maxx 060+ bagi pemandu yang mengutamakan prestasi dan pengendalian, serta Grandtrek R/T01 untuk SUV dan trak pikap. Syarikat juga sedang membuat persediaan untuk memperkenalkan e.Sport Maxx yang dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan prestasi unik kenderaan elektrik.
Di samping pasaran tayar gantian, Dunlop turut kekal komited dalam menyokong rakan kongsi pengeluar peralatan asal (OEM) menerusi pembekalan tayar bagi model-model terpilih daripada jenama automotif terkemuka, termasuk Toyota, Lexus, Isuzu, Mazda dan Leapmotor. Kerjasama ini mencerminkan keyakinan yang diberikan oleh pengeluar kenderaan terhadap keupayaan kejuruteraan, kualiti dan kebolehpercayaan Dunlop.
Menyedari keperluan kritikal dalam program OEM, Toyotsu Binter Malaysia dan Sumitomo Rubber Industries komited untuk mengekalkan standard tertinggi dari segi kualiti produk, kebolehpercayaan rantaian bekalan serta sokongan pelanggan yang responsif. Melalui kerjasama erat dengan rakan kongsi OEM Dunlop, kedua-dua syarikat berusaha memastikan kesinambungan bekalan, di samping memperkukuh hubungan jangka panjang yang telah terjalin dengan pengeluar kenderaan selama ini.

Seiring perkembangan teknologi kenderaan, Dunlop kekal komited untuk menyokong pengguna sama ada menggunakan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid mahupun elektrik, dengan tayar yang direka bentuk untuk menawarkan keselamatan, keselesaan, ketahanan dan keyakinan ketika memandu.
Takehiko Asai, Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Asia (Tyre) Pte. Ltd., berkata masa depan Dunlop terus dipandu oleh semangat inovasi yang telah membentuk jenama itu selama lebih 130 tahun.
“Inovasi sentiasa menjadi nadi kepada Dunlop. Sepanjang sejarah kami, kami terus berkembang seiring kemajuan mobiliti dengan membangunkan teknologi yang meningkatkan keselamatan, prestasi dan keyakinan pemanduan bagi pengguna di seluruh dunia.
“Hari ini, tumpuan kami melangkaui pembangunan tayar konvensional. Kami melabur dalam teknologi generasi baharu yang meningkatkan kecekapan tenaga, memperbaik cengkaman ketika memandu di jalan basah, mengurangkan rintangan gelungan serta bunyi kabin, di samping meneroka teknologi tayar pintar yang akan menyokong masa depan mobiliti berhubung dan berelektrik. Inovasi ini mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan produk yang memenuhi keperluan pemandu yang sentiasa berubah tanpa menjejaskan kualiti dan kebolehpercayaan yang menjadi identiti jenama Dunlop,” katanya.
Dengan Malaysia dikenal pasti sebagai pasaran utama untuk pertumbuhan, Dunlop akan terus melabur dalam rangkaian pengedarnya, memperkenalkan produk yang dibangunkan khusus untuk keadaan pemanduan tempatan serta memperkukuh kerjasama dalam ekosistem pasaran selepas jualan automotif bagi mengukuhkan kedudukan jenama dan menyokong perkembangan jangka panjang Dunlop di negara ini.