Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Duta Norway Ke Jordan Letak Jawatan
Kredit; Bernama

Duta Norway Ke Jordan Letak Jawatan Susulan Hubungan Dengan Epstein

BERNAMA

Duta Norway Ke Jordan Letak Jawatan Susulan Hubungan Dengan Epstein

OSLO, 9 Feb (Bernama) -- Mona Juul meletak jawatan sebagai Duta Besar Norway ke Jordan, yang juga ditauliahkan ke Iraq, selepas pendedahan mengenai hubungannya dengan Jeffrey Epstein, menurut Kementerian Luar Norway pada Ahad, lapor Xinhua.

Menteri Luar Espen Barth Eide menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai "tepat dan perlu," dengan menyatakan bahawa hubungan Juul dengan pesalah seks yang telah disabitkan itu menunjukkan "kegagalan pertimbangan yang serius" dan menyukarkan usaha untuk memulihkan tahap kepercayaan yang diperlukan bagi jawatan tersebut, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Juul dilepaskan daripada kewajipan kerjanya minggu lepas sementara kementerian menyemak semula pengetahuan dan hubungannya dengan Epstein, menurut kementerian tersebut.

Kementerian itu menyatakan bahawa pencarian fakta dalaman akan diteruskan walaupun selepas peletakan jawatan Juul, dengan perhatian khusus diberikan kepada peraturan yang terpakai kepada kakitangan dan pegawai kerajaan sama ada di dalam atau di luar perkhidmatan.

Secara berasingan, kementerian menyatakan ia melancarkan semakan terhadap geran dan hubungannya dengan Institut Keamanan Antarabangsa (IPI) dalam tempoh suami Juul, Terje Rod-Larsen, menerajui organisasi berkenaan. Eide menyifatkan maklumat yang muncul mengenai hubungan Rod-Larsen dengan Epstein sebagai "sangat meluas" dan "amat membimbangkan," sambil menambah bahawa "tidak syak lagi" beliau telah menunjukkan pertimbangan yang lemah.

Epstein, yang meninggal dunia pada 2019, merupakan seorang pembiaya AS yang dituduh melakukan pemerdagangan seks. Jabatan Kehakiman AS pada 30 Jan berkata ia telah menerbitkan lebih daripada 3 juta halaman tambahan bahan di bawah Akta Ketelusan Fail Epstein, yang menurutnya telah ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Donald Trump pada November 2025.

Okokrim, pihak berkuasa kebangsaan Norway bagi menyiasat dan mendakwa jenayah ekonomi dan alam sekitar, pada Khamis berkata ia telah membuka siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Thorbjorn Jagland atas syak wasangka rasuah yang teruk berdasarkan maklumat yang terkandung dalam fail Epstein, dengan mengambil kira peranan beliau sebelum ini termasuk pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway dan setiausaha agung Majlis Eropah.

Sumber:BERNAMA