
Eco-Shop, peruncit barangan rumah ultra-mampu milik terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan pergerakan nasional yang diberi nama Malaysia Power! Kempen ini bertujuan meraikan semangat ‘rakyat biasa’ Malaysia sambil mengumpulkan sokongan padu untuk Skuad Kebangsaan Malaysia menjelang Sukan SEA 2025 di Bangkok.
Bersempena dengan Kelab Penyokong Sukan Malaysia FAMEMAS, kempen ini akan merealisasikan impian peminat sukan dengan menawarkan peluang rare untuk menyertai skuad sorakan rasmi dan bersorak untuk atlet negara secara langsung di Thailand.
Peluang Menang Pakej Percutian VIP ke Bangkok
Dari sekarang hingga 26 Oktober 2025, pelanggan Eco-Shop berpeluang memenangi pakej percutian 4 Hari 3 Malam ke Bangkok yang semua perbelanjaan ditanggung!
Seramai 45 perwakilan bertuah, terdiri daripada ahli FAMEMAS dan pemenang peraduan Eco-Shop akan mewakili Malaysia di tempat duduk penonton. Skuad VIP ini akan dilengkapi dengan cenderamata eksklusif Malaysia Power dan kelengkapan sorakan yang ditaja sepenuhnya oleh Eco-Shop. Memang pengalaman sekali seumur hidup.
Macam Mana Nak Menang Tiket Ke SEA Games Bangkok?
Untuk menyertai peraduan Malaysia Power ini sangatlah mudah. Korang hanya perlu membeli-belah barangan harian di Eco-Shop:
Belanja minimum RM35 dalam satu resit di mana-mana cawangan Eco-Shop seluruh negara.
Imbas kod QR yang tertera pada resit tersebut.
Isi butiran dan muat naik resit sebagai bukti pembelian.


Tips: Setiap penyertaan yang sah dikira sebagai satu peluang untuk menang! Jadi, lebih banyak korang berbelanja, lebih tinggi peluang korang untuk menyarung jersi Malaysia di persada antarabangsa!
Jom sertai peraduan Malaysia Power ini sekarang! Ikuti Eco-Shop di Facebook, Instagram, TikTok, dan XHS untuk maklumat lanjut.