Eco-Shop, kedai barangan keperluan harian harga tetap No. 1 di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-23 dengan kempen di seluruh negara yang berlangsung dari 5 Oktober hingga 29 November 2026, dengan Visa sebagai rakan kongsi pembayaran kempen.
Diterajui oleh pertandingan “Buy & Win”, kempen ini memberi ganjaran bernilai RM250,000 sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan dan komuniti yang telah menyokong jenama tempatan ini sejak awal penubuhannya. Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia Berhad, berkata usaha menghargai kesetiaan pelanggan ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk mengekalkan harga berpatutan yang boleh dinikmati semua, selaras dengan prinsip asas yang membentuk Eco-Shop sejak hari pertama.
“Selama 23 tahun, kami kekal komited untuk memastikan barang-barang keperluan harian mudah diperoleh pada harga yang mampu milik oleh rakyat Malaysia. Seiring dengan perkembangan syarikat ini, komitmen tersebut tidak pernah berubah kerana kami percaya nilai yang terbaik wajar dirasai oleh setiap lapisan masyarakat, di mana jua mereka berada, tanpa mengira latar belakang,” kata Jessica.
Sepanjang kempen ini, sebanyak 19 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi sebuah kereta Proton X70 1.5TD Premium, tiga buah motosikal Honda RS150R, dan 15 unit Samsung Galaxy Z Fold8. Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM35 dalam satu resit dan membayar menggunakan Visa akan layak menerima satu penyertaan untuk peraduan “Buy & Win”, manakala ahli Eco-Shop menikmati dua penyertaan bagi setiap pembelian yang memenuhi syarat. Melalui pembelian yang sama, pelanggan turut layak menerima Hadiah Percuma dengan Pembelian (Gift with Purchase) di semua cawangan Eco-Shop di seluruh negara, sementara stok masih ada.
“Kami amat bersyukur kepada semua pihak yang bersama dengan Eco-Shop sepanjang 23 tahun ini. Melangkah ke hadapan, kami mahu terus menjadi jenama yang sentiasa diyakini rakyat Malaysia dalam menawarkan lebih banyak nilai setiap hari. Pada masa yang sama, kami akan terus mencari cara baru untuk membantu lebih banyak komuniti dan memberi sumbangan yang bermakna untuk kehidupan mereka,” kata Jessica. Untuk maklumat lanjut mengenai Eco-Shop, ikuti jenama ini di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia), dan XiaoHongShu/XHS (eco-shop_MY).
