Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ed Sheeran Main Badminton Bersama Chan Peng Soon Di Kuala Lumpur
Beberapa hari yang lalu, penyanyi pop British, Ed Sheeran dilaporkan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi dalam siri jelajahnya.
Ed Sheeran atau nama sebenarnya Edward Christopher Sheeran, 33, dilihat menikmati dan meluangkan masanya di ibu negara dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik.
Beliau dilihat sempat bermain badminton bersama pemain badminton kebangsaan, Chan Peng Soon ketika berada di Malaysia baru-baru ini.
Kehadiran sosok penyanyi lagu ‘Perfect’ itu bukan hanya mendendangkan lagu kepada peminatnya Sabtu lalu, malah beliau juga berkesempatan bermain salah satu sukan yang digemari rakyat Malaysia bersama Chan dan dua orang pempengaruh tempatan yang lain.
Ketika menghadapi perlawanan badminton, Sheeran telah menyarung sehelai jersi kuning dengan bendera Malaysia tertera di bahagian dadanya.
Dalam perlawanan itu, beliau telah menghadapi perlawanan tiga lawan satu bersama Chan dan pempengaruh yang lain.
Sudah semestinya, perlawanan yang dijalankan adalah bersifat kasual dan suka-suka, lebih ke arah mengikat tali persahabatan antara satu sama lain.
“Oh, badminton adalah satu perkara yang besar di Malaysia,” penyanyi tersebut berkata sedemikian sebelum perlawanan tersebut bermula.
Perkara ini menunjukkan bahawa penyanyi British itu ingin mencuba sukan yang paling digemari oleh penduduk di Malaysia.
Sungguhpun permainan kali ini bersifat kasual, Chan langsung tidak memberikan peluang, di mana beliau memilih untuk ‘smash‘ ke kawasan gelanggang lawan.
“Smash terlaju, 300km+,” kata Chan dengan nada girang sewaktu perlawanan.
Namun begitu, perlawanan beregu campuran yang dijalankan kemudian menunjukkan bisa taring yang disimpan penyanyi tersebut.
Perlawanan tersebut menunjukkan bahawa Ed Sheeran merupakan seorang pemain badminton yang baik.
Beliau kemudiannya mendedahkan dirinya merupakan peminat kelab bola sepak Liga Inggeris iaitu, Ipswich Town.
Selain bermain badminton, Sheeran turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di Malaysia.
Antaranya, menyertai sesi mewarna batik, mendapatkan khidmat cukur di kedai gunting rambut tempatan serta menggaulkan Yee Sang bersama-sama rakan baharunya.
Untuk makluman, Ed Sheeran telah hadir ke Malaysia susulan konsert jelajahnya ‘+ − = ÷ ×’ atau ED The Mathematics Tour pada 24 Februari 2024.
Difahamkan juga, ini merupakan kali kedua bagi artis tersebut untuk mengadakan konsert jelajahnya di Asia. Kali pertama Ed Sheeran mengadakan konsert di Asia adalah pada 2019.
BACA: Kenali BYD, Pengeluar EV Yang Semakin Tunjuk Taring
Sumber: Stadium Astro