Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Eksport Negara Pada Oktober Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Sejarah – Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan prestasi perdagangan luar negara pada bulan Oktober melonjak naik ke paras tertinggi dalam sejarah.
Menurutnya, jumlah perdagangan negara telah berkembang 13.6% kepada RM277.65 bilion.
“Eksport kita pula mencanak naik 15.7% tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion dan merupakan rekod tertinggi setakat ini,” ujarnya.

Dalam perkongsian di laman X miliknya itu lagi, antara pendorong utama ialah dari sektor perkilangan, terutamanya permintaan kukuh bagi barangan Elektrik & Elektronik (E&E) serta barangan optik dan saintifik.

Tambahnya lagi, kedua-duanya mencatat nilai eksport tertinggi dan ini adalah petanda jelas ketahanan ekonomi Malaysia di tengah ketidaktentuan global.
“Lebih manis lagi, kita mengekalkan lebihan dagangan untuk 66 bulan berturut-turut sejak Mei 2020,” tambahnya.
Tengku Zafrul juga berkata MITI dan MATRADE kekal komited untuk membantu syarikat Malaysia memanfaatkan 18 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), termasuk CEPA Malaysia-UAE yang baru berkuat kuasa 1 Oktober 2025, untuk terus berkembang di arena antarabangsa.
Sumber: Tengku Zafrul