Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Elak Serabut, Ini Alat Boleh Cuba Guna Untuk Sorok Wayar Belakang TV

Gambar: Khalidah Khairizam
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ruang televisyen merupakan antara ruang yang kerap di pandang oleh isi rumah. Apa tidaknya, setiap kali menonton drama atau filem, sudah pastinya mata akan ‘meliar’ di kawasan sekitarnya.

Apa yang menjadi masalah ialah wayar-wayar yang berserabut di ruangan televisyen tersebut. Sudah pastinya akan membuatkan seseorang itu berasa ‘tidak senang’ melihat pemandangan seperti itu.

Pun begitu, jangan khuatir kerana terdapat alat yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Seperti yang dikongsikan oleh Khalidah Khairizam menerusi group #kemasrumahwithhani, terdapat dua alat yang dibeli secara dalam talian untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Wanita itu juga turut berkongsikan hasil yang diperolehinya selepas menggunakan kedua-dua alatan tersebut. Gambar yang disertakan jelas menunjukkan keadaan ruang TV di rumahnya nampak lebih kemas dan tersusun berbanding sebelum menggunakan alatan tersebut.

Seperti gambar yang dilampirkan oleh beliau, barangan tersebut juga boleh didapati di dalam talian.

Anda juga boleh mendapatkan alat seperti gambar di atas di SINI.

Kami juga sertakan kepada anda pautan agar lebih mudah untuk mendapatkan panel wayar seperti dalam gambar di SINI.

Sumber: Khalidah Khairizam