Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Kilang Musnah Dalam Kebakaran Di Taman Perindustrian Puchong

kilang
Kredit: Bomba

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Empat kilang musnah dalam kebakaran di Jalan TPP 5/15, Taman Perindustrian Puchong, hari ini dengan anggaran 90 peratus kemusnahan bagi setiap premis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran melibatkan keluasan keseluruhan 80x100 kaki persegi itu terdiri daripada kilang tayar, perkakasan paip dan injap, perabot serta kejuruteraan.

“Kebakaran dikawal sepenuhnya pada 8.30 pagi manakala kerja-kerja pemadaman di bahagian atap dan bahagian dalam kilang sedang giat dijalankan. Risiko runtuhan atap dan struktur masih ada namun kemerebakan api terkawal,” katanya dalam kenyataan.

Ashrul Riezal berkata operasi pemadaman melibatkan 33 anggota dan 12 jentera itu turut dibantu BBP Subang Jaya, Penchala, Petaling Jaya, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Tiada mangsa terlibat manakala punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.

-- BERNAMA

Intipati
  • Empat kilang di Jalan TPP 5/15 musnah kira-kira 90 peratus setiap premis.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan 6.34 pagi sebelum BBP Puchong dikejarkan ke lokasi.
  • Kebakaran dikawal 8.30 pagi, tiada mangsa terlibat dan punca masih dalam siasatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan