Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang hari ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang di beberapa kawasan terlibat.
Antara negeri yang menerima amaran termasuk seluruh Perlis.
Di Kedah, ia melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.
Selain itu, amaran turut melibatkan Pulau Pinang di Seberang Perai Utara serta Perak membabitkan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
Di Pantai Timur, kawasan yang dijangka terjejas ialah Besut, Setiu dan Kuala Nerus di Terengganu.
Sementara itu, di Lembah Klang, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan bagi kawasan Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kulai.
Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu, Song di Kapit serta Subis di Miri.
MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.
Tambahnya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.