Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan Lebat Petang
Kredit: Bernama

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

"Di Terengganu, beberapa daerah yang diramal hujan adalah Marang dan Dungun. Manakala di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.

"Di Johor, kawasan yang diramal hujan adalah Kluang dan Mersing.

"Beralih ke Sabah beberapa daerah diramal hujan seperti Pedalaman (Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat," komen.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.