Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Sekeluarga Muslim Maut, Dilapor Jadi Mangsa Serangan Langgar Di Kanada

Seorang lelaki Kanada berusia 20-an ditahan dan berdepan dengan 4 pertuduhan bunuh kelas 1 dan 1 pertuduhan cubaan bunuh selepas memandu trak pikapnya dan melanggar satu keluarga Muslim, petang Ahad lalu.

Pihak berkuasa menyifatkan kejadian tersebut sebagai ‘satu serangan yang dirancang’.

Menurut laporan The Guardian, dua orang wanita, berusia 74 dan 44, seorang lelaki berusia 46, dan seorang remaja berusia 15 tahun terkorban akibat dilanggar ketika sedang melintas jalan di Bandar London, Ontario.

Seorang lagi mangsa dalam kejadian tersebut, kanak-kanak berusia 9 tahun kini dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital.

Polis berjaya menahan suspek dan hasil siasatan awal, pihak berkuasa percaya bahawa serangan tersebut adalah dirancang dan penyerang menyasarkan keluarga bekenaan kerana kepercayaan agama mangsa.

Menurut polis lagi, ketika ditahan, suspek didapati memakai baju seperti baju perisai kalis peluru.

Saksi kejadian yang melihat serangan tersebut pada mulanya menyangka bahawa ia adalah satu kemalangan disebabkan kecuaian pemandu pikap tersebut.

Saksi juga menyebut, suasana di lokasi kejadian amat memilukan dengan jasad mangsa terbaring dan darah mengalir di atas jalan.

Datuk Bandar London, Ed Holder dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam kenyataan masing-masing turut mengutuk kejadian serangan tersebut.

Sumber: The Guardian