Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Cara Pastikan ‘Blender’ Yang Selalu Guna Bersih Dan Selamat Digunakan

Sumber : Google

Membersihkan alat perkakas di dapur sememangnya mudah dengan menggunakan sabun pencuci pinggan. Namun begitu, terdapat perkakas dapur yang lain sukar untuk dibersihkan kerana ianya meninggalkan kesan dan bau. Sudah pasti di rumah anda mempunyai blender, bukan? Blender merupakan alat untuk melumatkan buah atau sebarang makanan untuk dikisarkan.

Bagaimana pula jika anda menggunakan blender dengan memasukkan cili, bawang, kunyit atau sebarang bahan yang meninggalkan bau? Pasti anda sedaya upaya menyental menggunakan sabun namun kesal kerana bau masih ada walaupun hari-hari anda mencuci.

Kami kongsikan beberapa bahan yang boleh membersihkan blender anda di rumah tanpa perlu buang atau beli blender baru. Hanya menggunakan bahan yang tersedia di dapur sahaja.

Sumber: Google

(1) Air Panas

Setelah anda kisar bahan-bahan seperti cili, bawang, kunyit pastikan blender dibersihkan menggunakan air biasa dahulu. Kemudian, masukkan air panas ke dalam blender dan letakkan sedikit sabun basuh pinggan. Pastikan tutup dengan rapat dan blend dalam beberapa saat. Selesai blend bilas menggunakan air biasa dan anda akan dapati bau yang melekat pada blender akan kembali seperti biasa.

Sumber: Google

(2) Beras

Siapa kata beras hanya boleh digunakan untuk memasak nasi. Beras juga boleh berfungsi sebagai alat untuk membersihkan. Struktur yang kasar mampu menghilangkan bau yang kuat seperti cili pada blender anda. Caranya sangat mudah. Ambil segenggam beras dan masukkan ke dalam blender. Kemudian, blend beras tersebut selama 20 hingga 30 saat. Anda pasti terkejut melihat kesannya kerana bukan sahaja menghilangkan bau pada blender, malah memberi kesan yang sangat bersih pada blender anda.

Sumber: Google

(3) Garam Kasar

Struktur garam kasar juga sama seperti beras yang mampu membersihkan blender. Caranya juga sama, ambil dalam 2 atau 3 sudu garam kasar kemudian blend sehingga anda yakin betul-betul bersih. Namun sekiranya anda tiada garam kasar, jangan risau. Garam halus juga mempunyai fungsi yang sama untuk menghilangkan bau pada blender.

Sumber: Google

(4) Kelapa Parut

Lebihan kelapa parut seeloknya jangan dibuang. Kelapa parut berfungsi untuk menghilangkan bau yang pedas melekat pada blender. Caranya, ambil sedikit kelapa parut dan masukkan ke dalam blender. Kemudian campurkan dengan sedikit air dan blend dalam beberapa saat. Anda akan puas hati melihat hasilnya. Kesan kuning hasil daripada blend kunyit akan hilang malah bau pedas daripada cili juga akan hilang.

Sumber: Google

(5) Serbuk Penaik dan Cuka

Kegunaan serbuk penaik atau baking soda bukan sahaja dalam digunakan dalam membuat kek atau pastri malah banyak kegunaan lain. Ia sangat berkesan dalam membersihkan blender dari segala bau. Caranya, ambil ¼ serbuk penaik dan ¾ cuka dan masukkan ke dalam blender. Sesudah itu, ambil sabun pencuci pinggan dan gosokkan pada bahagian dalam blender dan bilas dengan air bersih. Kesannya sangat menakjubkan. Bau yang melekat dan segala kekotoran degil di celah-celah akan hilang.

Sumber: Gooogle

(6) Serbuk Penaik dan Lemon

Bahan ini sama juga fungsinya seperti di atas tadi. Anda memerlukan 2 sudu besar serbuk penaik dan sedikit perahan jus lemon. Kemudian, gosokkan blender menggunakan span pencuci pinggan. Segala kesan kekotoran, bau yang pedas dan rempah ratus pasti hilang.

Sumber: verst.com