Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Lelaki Maut Kereta Bertembung Lori Satu Tan

Enam Lelaki Maut
Kredit: Bernama

Enam Lelaki Maut Kereta Bertembung Lori Satu Tan

KUANTAN, 25 Julai (Bernama) -- Enam lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori satu tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh, dekat Klinik Desa Jambu Rias, Bentong pada awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.24 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Karak digerakkan ke lokasi.

“Semua mangsa didapati tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori juga mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Beliau berkata mayat semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Intipati
  • Enam lelaki maut selepas kereta mereka bertembung lori satu tan di Bentong.
  • Bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.24 pagi sebelum digerakkan ke lokasi kejadian.
  • Semua mangsa tersepit dalam kenderaan, manakala pemandu lori cedera dan dihantar ke hospital.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan